Hantaran Perempuan Sekarang Mahal?

Hantaran Perempuan Sekarang Makin Mahal

Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi, masa cuti sekolah ni la ramai yang rancangan untuk buat kenduri kahwin. Besar ke kenduri kahwin nak buat? Ada bajet ke? Wang hantaran kan ada. Tapi ramai juga yang kecewa sebab tak dapat kahwin cuti ni, Kenapa? Antara sebabnya ialah wang hantaran yang mahal. Kat sini ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal… Hah…korang bacalah:-

Sebab :-
1. Anak perempuan sorang
2. Anak perempuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak perempuan paling jambu dalam family
4. Anak perempuan kerja high post
5. Anak perempuan biasa pakai barang branded
6. Anak perempuan yang tastenya…berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak perempuan yang rasa dirinya…lengkap segala-galanya
9. Bapak perempuan tokey kayu balak, mak pulak bekas eksekutif
10. untuk membuktikan yang si lelaki mampu menyara anaknye yg high-maintainence

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat :-
(ni diaorang berbual antara family lelaki je)

1.”Eh! Nak meniaga anak ke pe? Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. “Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je.”
3. “Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan.”
4. “Kalau lawa macam Aishwarya Rai tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lengnyek je.”
5. “Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?”
6. “Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak cari kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?”

Kata2 dari sebelah perempuan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1.”Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet.”
2.”Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.”
3. “Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.”
4.”Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je.”
5. “Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.”
6. “Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin.”

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-

1. “Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler.”
2. “Ehh sikit jer! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler.”
3.”Ni hantaran kira Rupiah ke Singapore dollars? Kita cuma simpan American dollars je.”
4. “Kita tak kasi pakai cash yer. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita
ada lah.”
5. “Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita
tengah parking kat bawah tu.”
6. “Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nye?
7. “kita org bagi cek kosong yer, korang isi jer berapa nak.”


Hantaran


Mas Kahwin


Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan )1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakad nikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang.


Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya :-

Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:
“Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”

Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :

“Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).”

( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )

Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :
“ Kamu telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “

p/s : kesimpulannya sama-samalah kita tentukan hantaran perempuan biar kedua-dua pihak bersetuju..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply