Manfaat Berpuasa Bulan Ramadhan

Manfaat Berpuasa Bulan Ramadhan

Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan.
.
Manfaat Berpuasa Bulan Ramadhan


Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Antara manfaat yang boleh kita kecapi dengan berpuasa ialah :

1. Tubuh Badan yang Sihat

Berpuasa dengan betul selama sebulan sebenarnya sudah cukup bagi kita menyihatkan badan. Melalui berpuasa, tubuh badan mengalami proses detoksifikasi. Iaitu proses pembuangan toksik ataupun racun dari badan kita. Jadi lebih baik jika kita kerapkan diri kita berpuasa. Organ dalaman pun tidak terlalu beban untuk memproses makanan yang kita makan selalu pada ketika bukan waktu berpuasa.

2. Emosi Tenang & Terkawal

Sekiranya sepanjang bulan puasa kita mengikut teladan nabi s.a.w dengan patuh. InsyaALLAH emosi kita akan menjadi lebih tenang. Emosi adalah manifestasi ego manusia. Puasa yang baik dapat menyedarkan kita dan mengendalikan emosi-emosi kita dengan baik. Jika ada orang mengajak kita bergaduh pada waktu kita berpuasa. Kita juga disarankan untuk berkata “Saya berpuasa hari ini” Sekali gus dapat mengawal emosi kita.

3. Fikiran yang Jelas

Apabila kita mahukan fikiran yang jelas dan tidak serabut. Kita perlukan 2 perkara ini. Pertama Makan sedikit supaya dapat berfikir dengan penuh fokus. Kedua mengawal emosi. Fikiran yang jelas membawa manfaat yang baik kepada kita.

Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang fadhilat berpuasa secara umumnya, antaranya :

a. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :

Allah berfirman :

[ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْمَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ]

Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga

kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan

bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35]

Allah berfirman :

وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ  ﴿

Maksudnya : ” Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ” [Al-Baqarah : 184]

b. Puasa mengawal syahawat :

Nabi r bersabda :

[ يا معشر الشباب !من استطاع منكم الباءة فليتزوج ؛ فإنه أغض للبصر ، وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع ؛ فعليه بالصوم ؛ فإنه له وجاء ]

Maksudnya : ” Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka

berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat) ” [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400]

c. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka :

Nabi r bersabda :

[ ما من عبد يصوم يوما في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك وجهه عن النار سبعين خريفا ]

Maksudnya : ” Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan

dia (kerana puasanya)  dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun ” [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim : 1153]

Nabi r bersabda :

[ الصيام جنةٌ يسْتَجَنُّ بها العبد من النار ]

Maksudnya : ” Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka “

[HR Ahmad : 15299, Lihat Shahih Attarghib : 970]

d. Puasa menjanjikan syurga :

Dari Abi Umamah, beliau berkata :

[يا رسول الله ! دلني على عمل أدخل به الجنة ، قال صلى الله عليه وسلم: [ عليك بالصوم ، لا مثل له ]

Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga,

Nabi bersabda : ” Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya ” [HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i : 2097]
Manfaat Berpuasa Bulan Ramadhan
p/s : Jom kongsi dengan rakan facebook dengan klik LIKE dan SHARE :) Semoga kita memperoleh manfaat bersama 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply