Media Serius

Blog Bukan Sekadar Hiburan – Why So Serious?

RSS
Facebook
Twitter

Hooked on to 9GAG? Reddit? Check out ! U're gonna be hooked on d stories we have!

Perkahwinan Yusry Dan Lisa Surihani

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi (23/2/2012). Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat  kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.

Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani

Majlis dimulakan tepat pada pukul 9:05 malam dengan upacara membalas pantun mengikut adat resam orang Melayu lama. Lisa Surihani tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.

9 dulang hantaran telah diberi oleh pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki manakala pihak pengantin lelaki membalas dengan memberi 7 dulang hantaran yang mana semua hantaran perempuan telah digubah sepenuhnya oleh COSRY dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.9 dulang daripada pihak perempuan berupa tepak sirih, sebentuk cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek berbentuk Diaphone.

7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa tepak sirih, sebentuk cincin, mas kahwin berupa seutas rantai platinum, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila. Bagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.

Majlis akad nikah yang diuruskan oleh DZMS Events ini tampak meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage yang bertemakan “Winter Garden”.

Hari Ahad ini pula berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.

Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi selesai diadakan. Yusry dan Lisa Surihani berharap para peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.

p/s : Jom LIKE page Perkahwinan Yusry KRU dan Lisa Surihani –> http://www.facebook.com/perkahwinanYusryLisa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

3 Responses so far.

  1. PutraRocker says:

    thisisbestbero

  2. Siti_btp says:

    selamat pengantin baru…

  3. i luv lemonate says:

    byk comments from laki kt blog yg kecewa sbb lisa da kwin..wahahaha


Hadiah Paling Berhar

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. ...

Gambar Zizan Raja La

Gambar Zizan Raja Lawak Waktu Sekolah Dulu

Petua Mudah Hamil Un

PETUA 1: JANGAN sesekali dan elakkan merokok. Mungkin memang amat ...

Siapa Bakal Jadi Jua

Rancangan terbitan Astro Ria yang diacarakan oleh Aznil Haji Nawawi ...

Ayat Yang Perempuan

LIMA MINIT Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima ...

Hadiah Paling Berhar

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. ...

Gambar Zizan Raja La

Gambar Zizan Raja Lawak Waktu Sekolah Dulu

Petua Mudah Hamil Un

PETUA 1: JANGAN sesekali dan elakkan merokok. Mungkin memang amat ...

Ayat Yang Perempuan

LIMA MINIT Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima ...

Rahsia Seorang Lelak

Perihal Lelaki #1 "Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak ...

Sponsors

  • ebook malam pertama
  • panduan lepasan SPM
  • kuasa PRU13
  • ebook puaskan isteri